FAQ 2.0 | Asasi Undang-Undang & Law Degree

7/23/2019 01:51:00 PM

Hi what's up guys *suara khairulaming*

1. Saya dah lama tak buka blog ni sebab sibuk. Tapi, kalau ada pertanyaan boleh e-mail saya di email yang telah saya berikan di sidebar.  

2. Soalan yang selalu saya dapat is "kalau saya dapat sekian sekian result, saya layak tak untuk apply foundation/degree" 
First of all, sila semak requirements yang telah dinyatakan di website universiti. Boleh google je :) Kedua, kalau layak (maksudnya di sini lepas minimum requirement tu), apply je la. Dapat atau tidak tu saya pun tak boleh nak cakap. Untuk asasi, apa yang saya boleh cakap, doa je la banyak-banyak. Degree pulak, please do your best during interview. Soalan ni redundant, setiap kali email/komen, semua tanya macam tu. Saya dah pernah jawab soalan ni dalam satu post berkenaan FAQ Asasi Undang-Undang. Sistem UPU sekarang pun dah berubah. Sistem akan paparkan apa yang kamu layak sahaja. Jadi, kalau asasi undang-undang/law degree takde dalam senarai tu maksudnya tak layak.

3. Interview
Soalan tak sama setiap kali interview. Nasihat saya, be prepared dengan sebarang kemungkinan soalan yang akan ditanya. Saya cadangkan buat mock interview dengan kawan-kawan. Soalan basic macam 'please introduce yourself' 'your strength and weaknesses' ni sediakanlah jawapan awal-awal supaya tak kalut.

4. Sila bersopan semasa bertanya
Rata-rata email yang bertanya tak perkenalkan diri ataupun gunakan bahasa sopan. Ada satu email saya dapat pukul 2 pagi tanya tips untuk interview pukul 9 esoknya. Saya ni pun manusia biasa, dan saya sangat suka nak membantu adik-adik semua untuk mencapai cita-cita. Tapi, haruslah bersopan ya dalam komunikasi tu. Kita kan orang Malaysia, budi bahasa budaya kita, kan?

5. Elaun Asasi
Untuk makluman, semasa saya belajar di peringkat asasi, semua pelajar dapat elaun. Untuk pelajar baru, saya tak tahu. Harap maaf.

6. Belajar di mana
Asasi - UiTM Dengkil
Degree - UiTM Shah Alam

7. Pelajar bukan bumiputera
Tak boleh apply UiTM. UiTM untuk bumiputera sahaja. Tapi, ada peluang lagi di universiti lain contohnya UIA dan UUM.

8. Tak dapat asasi law, boleh ke sambung law degree? 
Boleh. Law degree bukan limited untuk foundation students sahaja. Especially for non-bumi yang sambung STPM dan nak buat law degree boleh je cuma bukan di UiTM (untuk non-bumi, bumi can further their law degree in UiTM)

9. Universiti yang tawarkan LLB
UiTM (Bumiputera sahaja), UM, UKM, UIAM, UUM, UNISZA

10. PTPTN
Asasi tak perlu pinjam PTPTN pun sebab ada elaun.
Degree kalau ibu bapa mampu tanggung kos, tak apply pun takpe. It's either PTPTN, Scholarship atau Biasiswa PapaMama :p

11. Kena pakai black & white everyday ke?
Tidak kecuali semasa final year degree.

12. Berapa kos?
Saya tak ingat untuk asasi. Tapi yuran untuk degree sekarang RM590/sem (murah gila kan, terima kasih to all taxpayer, I'll do my best to give back to the society) ((first sem mahal sikit dalam RM700+


Sekiranya ada soalan lagi, sila email saya di xirplxne@yahoo.com




You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers