Suara Kami, Anak Muda

9/02/2017 09:35:00 PM


Bagi saya, pembangunan yang hakiki bukanlah semata-mata pembangunan fizikal sahaja. Pembangunan jati diri atau modal insan juga harus dititik beratkan oleh pihak atasan. Percayalah, dengan jati diri yang kukuh, kita boleh membawa negara ke suatu tahap yang lebih tinggi. Tetapi, pihak pentadbir nampaknya hanya terlalu fokus kepada pembangunan fizikal seperti bangunan pencakar langit dan sebagainya. Bukanlah saya menentang seratus peratus pembangunan seperti ini, saya juga menyokong pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat jelata seperti pembinaan infrastruktur jalan dan juga pengangkutan moden seperti LRT, MRT, BRT dan sebagainya. Tetapi tumpuan harus juga diberikan kepada rakyat terutamanya generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara ini. Tiada apa yang lebih penting berbanding keutuhan jiwa anak muda terhadap negaranya. 

Soekarno pernah berkata, berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia. Lihat! Anak muda mempunyai peranan besar dalam membangunkan sesuatu negara bangsa. Masalah ketara yang dilihat sekarang ialah, suara anak muda tidak dianggap serius malahan ditolak mentah-mentah dengan alasan kami ini baru setahun jagung, belum cukup makan garam dan masih tidak kenal dunia yang sebenar. Kami bersuara untuk mewakili diri kami, bukan untuk mewakili orang-orang tua. Apa yang orang tua tahu tentang anak muda? Zaman kami berbeza dengan zaman pakcik dan makcik semua. Tidak boleh disamakan, zaman 80an dimana nasi lemak boleh diperoleh dengan harga 50sen dan mempunya 'portion' yang banyak dan zaman alaf 21 dimana nasi lemak berharga RM1.50 pun hanya berlaukkan telur goreng bersaiz 'simcard'. It is unfair. 

Berbalik kepada isu pembangunan modal insan, isu ini wajar diketengahkan kerana ianya merupakan satu kemestian, satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat terutamanya golongan muda bukan lagi suatu keistimewaan. Selain itu, kemahiran insaniah juga harus dipupuk dari kecil yakni di peringkat awal asuhan kanak-kanak bukan diperkenalkan di peringkat universiti. Mujurlah sekarang bidang pendidikan banyak menekankan kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT. Secara tidak langsung ia dapat membantu kita untuk membina generasi yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan tidak hanya bergantung kepada manual atau buku seratus peratus. Sistem penilaian berasaskan sekolah juga sebenarnya adalah satu sistem yang bagus kerana ia membantu pelajar untuk membina kemahiran komunikasi dan sebagainya. Namun begitu, sistem ini didapati menyusahkan para guru yang terpaksa bersengkang mata bagi memasukkan penilaian di dalam sistem yang kita ketahui sangatlah menyeksakan jiwa dan raga dan juga masalah-masalah lain. Oleh itu, langkah proaktif harus diambil oleh pihak berwajib untuk menyelesaikannya. 

Ini adalah aspirasi saya, untuk melihat bidang pendidikan di Malaysia terus maju agar kita dapat melahirkan generasi bijak pandai yang dapat membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi lagi. Generasi ini turut dilengkapi dengan jati diri yang kukuh melalui pembangunan modal insan yang dilaksanakan dari peringkat akar umbi lagi.

Sekian, terima kasih.
Fatin Syaheera,
Mahasiswi universiti tempatan

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers