Sem 2/8 - Hello, saya pelajar NR

3/10/2017 08:58:00 PM


Image result for studying books tumblr

Hello cemua

Last Monday was the first day of my second semester. Alhamdulillah gua berjaya melangkah ke semester dua dengan jayanya walaupun harapan dan cita-cita nak berselempang pink pada akhir pengajian berkubur begitu sahaja *sobs* Apakan daya, aku sendiri tak bersungguh-sungguh. Semoga keputusan peperiksaan untuk semester dua dan seterusnya akan bertambah lebih baik. Doakan yang baik-baik sahaja buat saya dan rakan-rakan.

Semester kali ni, aku menyewa luar. Jadi, secara rasminya aku adalah non-resident (NR) of UiTM Shah Alam. Aku menyewa bersama-sama Kak Intan dan Shaz. Pengalaman menyewa akan aku ceritakan di penghujung semester nanti, insyaAllah. Tapi setakat ini, keadaan masih terkawal, Alhamdulillah. Semoga berkekalan sampai bila-bila.

Seronoknya menyewa ni, setakat seminggu ni adalah bila kau boleh memasak tengah malam. So takyah risau sangat la kalau lapar tu. Biasalah student kan selalu lapar bila study. Study je lapar haish. Tapi sedih weh rumah kitorang takde gas hahahahah malam nak masak maggi tu dah siap potong bawang pesemua baru perasan takde gas. Nasib baik ada rice cooker. Rice cooker ni sangatlah bae. Apa je kau tak boleh masak dalam tu. Tomyam? Bubur? Kari pun boleh weh. Pastry mungkin tak boleh ? Tapi siapa je nak buat pastry kan, bukan kenyang pun. 

Bila menyewa luar ni jugak kau belajar toleransi dengan orang asing. Yelah, toilet/shower room  satu je weh. Kat kolej tu boleh la kau nak pilih favourite shower room. Kat rumah sewa ni, hah itu lah yang satu rumah guna. Kalau satu rumah ada sepuluh orang , semuanya gasak toilet tu. Jadi, jagalah kebersihan. Jangan kau nak harap housemate kau je buat semua. Dia housemate bukan balaci tau!

And then, since kami bertiga menyewa luar bersama-sama , we decided to daftar the same class jugak la. Jadi, malam sebelum pendaftaran subjek dibuka, jadual dah keluar kat iCress. Dengan menggunakan Lumos (UiTM) [insyaAllah nanti aku buatkan tutorialnya] , dapatlah aku detect kelas yang takde kelas pada hari Jumaat. Huhuhu. Penat weh nak buat satu-satu kelas. Ramai gila aim kelas tu. Nasib baik pagi tu Nina punya Mac perform af - so kami semua berjaya daftar kelas yang sama. Kalau tak merempat lah aku di merata-rata kelas macam batchmate yang lain :')


Dugaan paling besar seorang pelajar (salah satunya lah) adalah kekangan kewangan. Duit tak cukup woi awal sem ni. Maklumlah, menyewa luar kan. Nak beli itu ini lagi, gerobok pun kena beli sendiri, tak disediakan macam di hostel dulu. Takpelah, bersusah-susah dahulu, semoga segala usaha dirahmatiNya dan semoga dapat bersenang-senang di kemudian hari. Amin.

Image result for k-on tumblr gif ricchan 

Update ni saja je lah nak bagitau korang aku masih hidup and esok (11/3) birthday aku ke 20 mwahahahah. Dah 20 tahun weh. Apeni saya dah jadi adult gitchew

Doakanlah semoga aku jadi anak yang solehah, insan yang sentiasa ingat untuk berbakti kepada Negara, Agama dan bangsa. Doakan aku grad on time (GoT) dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

 Doakan aku supaya tidak lupa kepada jasa rakyat Malaysia esp KL yang telah menanggung pengajian aku sejak dari sekolah lagi sampailah sekarang dan supaya aku ingat untuk memberikan yang terbaik demi kemaslahatan semua golongan masyarakat. Sekiranya takdir aku menjadi seorang Hakim/Peguam atau seorang berkhidmat dalam bidang perundangan, doakanlah supaya aku sentiasa adil dan saksama dalam menjatuhkan hukum. Doakan aku supaya segala urusanku dipermudahkan dan semoga dilapangkan dada dan dicerdaskan akal untuk menerima segala tunjuk ajar dan teguran serta ilmu daripada sesiapa pun . Doakan agar negara kita sentiasa di dalam peliharaanNya dan dijauhkan dari segala bala bencana ataupun musibah.
Amin.


Assalamualaikum.

You Might Also Like

4 comments

  1. Ouh, happy birthday! Jeles jugak tengok orang duk rumah sewa. Saya pulak ditakdirkan duduk u yg banyak asrama so tak merasalaa duduk rmh sewa tu. Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello there. Thank you hihihi
      Takyah ler jealous dengan warga NR ni...
      hahahah banyak kelebihan duduk hostel compared to rumah sewa and one of it is jimat duit!!

      Delete
  2. Hi ! saya lepasan SPM 2016, and baru je dpt result spm, and really into Law at Uitm. just wanna ask, if amik asasi KPM, kena duduk dengkil or shah Alam?
    and one more thing, masa degree, ada tak kena cukupkan merit untuk kekal stay kat hostel, and knp akak kena menyewa rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well hello there.
      Asasi kat UiTM Dengkil sahaja.
      UiTM Shah Alam ni degree je :D

      Ye , masa degree kena kumpul kupon (merit) untuk dapatkan kolej untuk next semester. Saya menyewa sebab takdapat kolej huhuhuhu
      Kalau nak kolej, pastikan masuk aktiviti kolej banyak-banyak untuk kumpul kupon.
      Kalau masuk PALAPES (ROTU)/ SUKSIS atau mana2 badan beruniform memang automatik dapat kolej sampai semester 5 (at least).

      Delete

Terima kasih !

Popular Posts

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe