RESEPI | KEK COKLAT MOIST [KUKUS]

6/14/2016 09:10:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera



Wiii dah lama tak kongsikan resepi.

BAHAN :

BAHAN A 

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1  cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (baking soda)


BAHAN B

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak - saya guna canola oil 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis


BAHAN C

  • 4 butir telur
  • 1 sudu teh esen vanila

CHOCOLATE GANACHE
  • Coklat masakan
  • Butter - agak-agak (25-50g)

LANGKAH-LANGKAH :

1. Ayak Bahan A , ketepikan
2. Panaskan Bahan B dalam periuk kecil dengan api kecil - nak bagi gula larut je. Bila gula dah larut, tutup api dah ketepikan bagi suam sat
3. Pukul Bahan C sampai telur kembang. Pastikan kembang, kalau tak bantat kek kang , membazir je
4. Bila telur dah kembang, masukkan bahan B dan bahan A dalam bahan C. 
5. Mix sehingga sebati dan jangan ovemix. Kemudian, tutup mixer , dan scrap bahan yang melekat di tepi mangkuk kome tu. kacau guna spatula - sekejap je, nak bagi bahan yang kita scrap tu tak berketul je
6. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam. (pastikan air dah mendidih)

7. Lepas kek dah masak, boleh la buat chocolate ganache. 
8. Masukkan coklat masakan dan butter dalam periuk kecik then guna teknik double-boiler untuk cairkan coklat tu. Guna je air kukusan yang masih panas tu. 

ni teknik double boiler


TIPS AND TRICK:

1. Pastikan telur kembang. 
2. Semasa masukkan campuran A dan B, jangan dump semua sekali. Buat selang seli. start dengan bahan kering diikuti liquid dalam beberapa batch (part) sampailah bahan tu habis dicampur. 
A,B,A,B,A (mcm ni. ni teknik Yolanda Gampp [howtocakeit] ajor)
3. Make sure air dah mendidih.


// Tak sempat nak snap gambar. Heheh sebenarnya saya baru first time buat kek ni (semalam) alhamdulillah jadi hohoho Ni merupakan cubaan pertama saya untuk masak kek. So, bangga gak ah hahahahha

Boleh gak masukkan dalam mug dan kukus , so dapatlah mug-cake . ataupun buat muffin. 
Selamat mencuba!

You Might Also Like

2 comments

  1. Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datanglah hehe 😂

    ReplyDelete

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe