Interview Degree UiTM/UKM/UM

6/05/2016 04:34:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera





Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan juga UiTM Dengkil, post kali ni nak ceritakan tentang pengalaman temuduga ijazah sarjana muda undang-undang di ¾ best law school in Malaysia , UiTM, UKM, UM . IIUM ggak mau samaku :( 


18/5

Dua hari yang mendebarkan . Kenapa? Keputusan untuk ke temuduga diumumkan pada dua hari ini. Alhamdulillah, check website UKM dan UM , dapat temuduga. Then, check UiTM punya tak dapat. Waduh kecewa lah masa tu. Yelah, dah ler teman buat UiTM sebagai first choice untuk UPU, tak dapat pulak. So, malam tu classrep minta nama siapa yang score 3.00 ke atas, MUET Band 4 ke atas dan letak UiTM as first choice. Esoknya , aku check… Alhamdulillah dapat interview.


UiTM

UKM


UM





18/5-20/5

Preparation.

Mr Waseem ada bagi tips untuk interview. Masa ni semua dok kalut lah baca balik contract , tort etc. Time ni jugaklah semua dok kalut “weh nanti kau share current issue yang mana?” Semua dok nervous , especially yang tak pernah pergi interview seumur hidupnya (cc. aku lah tu --- interview pengawas dikecualikan)

Time tu baru je lepas Pilihanraya Negeri Sarawak dan timbul juga beberapa isu macam larangan masuk ke Sarawak blabla ; tapi suka untuk aku ingatkan – elakkan isu politik. Kita tak tahu interviewer kita tu ‘siapa’ . kot kau tengah kutuk BN , dia orang kuat UMNO Bahagian Klang mampus ko, ataupun kau syok kutuk opposition, kena pulak interviewer kau tu penyokong kuat Datuk Seri Anwar and Co. tak ke naya?

21/5

Interview di UiTM (8.30 pagi)




Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Mwahahaha . Aku kembali ke UiTM Shah Alam setelah sekian lama meninggalkannya. Rindu pada DC dan Mawar terubat lah kot. Pagi tu kami gerak awal , takut jalan sesak . Sampai UiTM , sesat. Bodolah hahahahhahaha padahal dekat 6 bulan belajar situ pun tak ingat jalan. Ya, itulah kelemahan aku- ‘direction’ . Jadi my parents and I mengamalkan sikap ‘malu bertanya sesat jalan’ dengan bertanya kepada PB yang bertugas.

Sampai je kat Cempaka (FUU) , teruslah ke kaunter pendaftaran. Aku dapat Panel 4 di Bilik Seminar (yang dulunya menjadi kelas utk LAW016 aku with Dr. Anida) . Di UiTM , kitorang masuk secara berkumpulan (4 orang 1 kumpulan) . Since nama aku start huruf ‘F’ jadi, memang awal lah aku punya turn. Aku kumpulan kedua. Dalam group aku tu aku kenal Saleh je, tapi saleh tak kenal aku pun. Masa ni la jejak kasih dengan Iman xD

Bila tiba giliran aku, aku pun masuk ler dengan fail peribadi tu. Ada 3 panel , 2 wanita dan seorang lelaki. Soalan yang dema tanya :

1.    Please introduce yourself
2.    Why do you want to read law?
3.    Why did you put UiTM as your first choice?
4.    What is your favourite subject? Why?
5.    Any current issues you would like to share with us? – so masa ni aku cakap pasal animal cruelty in our society. Honestly, aku kurang bersedia untuk soalan ni. :/
6.    Why do we need to conserve/preserve the tigers? (soalan ni berkait dengan isu yang aku kongsikan untuk soalan 5)
7.    Why must we choose you ? – hah masa ni  lah kau nak masuk bakul , tekan lif

Okay, interview UiTM memang fully English.

“Alamak tak terror English” Don’t worry bebeh; kau guna simple English dah lah. Yang penting confident dan suara kena jelas.
Oh ya. Soalan dia varies tau. Housemate aku dapat legal questions. Ada yang takdapat legal question macam aku. Housemate aku, Nina dengan Su kena interview sorang-sorang. Ikut nasib kau lah.
Contoh legal question will be like ‘what is the limitation period for civil cases etc’

24/5

Interview di UKM, Bangi (9.00 pagi)




          Memandangkan iolls tak pernah jejak UKM dan UKM ni punyalah besar kampusnya, kitorang gerak awal pagi (around 6.30/7.00 pagi cemtu) sebab hari tu hari bekerja, so nak elak jalan sesak lagi + nak cari bangunan fakulti. Tips kalau nak ke FUU UKM , masuk ikut pintu 2 , then teruuuuuusssssssssssss je . FUU kat atas bukit. Besar do UKM. Tapi fakulti dia kecil je, tak sebesar UiTM aku rasa.

          Sampai je Fakulti, kitorang masuk auditorium sebelum mendaftar. A few minutes lepas tu, mereka panggil untuk mendaftar. Giliran aku haritu , nombor 24. Tak macam UiTM (dah siap susun nama dan panel) kat UKM ni ala ala first come first serve ataupun hang datang awal, siap awal, balik awal.

          Interview di UKM dibahagikan kepada dua. Ujian bertulis dan temuduga secara lisan. Untuk ujian bertulis, masa yang diberikan hanyalah selama 20 minit. Ada dua soalan . satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Soalan dia simple je, tapi sebabkan kau gabra memang jadi susah la jugak. So hari tu aku dapat soalan;

1.    Adakah sikap patriotism akan menjadikan masyarakat mundur?
2.    How does the usage of Bahasa Melayu and English helps in developing the country ?

Hah gitulah soalannya, anak-anak…

          Habis ujian bertulis, kitorang tunggu giliran untuk ujian lisan pulak. Macam di UiTM, UKM pun guna sistem kumpulan. Bezanya kali ni 5 orang satu kumpulan. Kumpulan aku semuanya perempuan. Sorang tu pelajar asasi undang-undang kat UiTM gak. Dua orang pelajar matrikulasi dan sorang pelajar STPM. Soalan yang ditanya:

1.    Sila perkenalkan diri anda dan nyatakan UKM pilihan keberapa dalam sistem UPU.
2.    Kalau dapat UiTM dan UKM, secara jujurnya kamu akan pilih yang mana. –basically ni soalan trick. Aku je dapat pilihan UiTM/UKM. Yang lain suruh pilih either UM/UKM je. Btw, Ko jawab je UKM pastu goreng lah sebab dia. Aku pulak bebal hari tu gi cakap UiTM. Patut aku jawab UKM je sebab sistem UPU takkan bagi tawaran bertindih. DUHH
3.    Equality is a good idea. However, do we really practice equality in real life? Discuss.
4.    Undang-undang Islam sangat menyeluruh. Adakah anda bersetuju.
5.    Berikan satu ‘wow’ factor anda yang memerlukan kami untuk memilih anda

Soalannya sama je. Korang kena angkat tangan kalau nak jawab. Jangan dok diam je. Kalau nak setuju dengan padangan kawan kau pun boleh, nak bantah pun boleh.
UKM punya interview dwibahasa. Tapi lagi banyak soalan Bahasa Melayu. Kenapa ? Sebab Universiti Kebangsaan Malaysia dibina atas aspirasi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Jadi, haruslah soalannya dalam Bahasa Melayu dan BM korang pun diambil kira tau. Jangan cakap merepek sangat. Guna Bahasa formal .

25/5

Interview UM (8.30 pagi)





          Since rumah aku dengan UM dekat je (kalau kentut pun dengar) , kitorang keluar lambat sikit. 7.30 baru keluar. Sampai UM, sesat padahal FUU kat depan je sebab ayah aku ingat FUU kat belakang. Lol sabar je lah

          Sampai Auditorium Tun Mohamed Suffian, aku check list nama . So, aku dapat panel 1 dan nama aku kat bahagian atas . So happy gak lah masa tu . Sebab siap awal. Masuk audi jumpa my classmates . Aina, Tinah, Ika dengan Ajwad. Ajwad panel 2. Yang lain sama dengan aku. Bila daftar, turns out, sistem sama macam UKM. Masa tu aku dahlah duduk belakang sekali. So, giliran aku hari tu nombor 16.

          Di UM, kita kena interview sorang-sorang berhadapan dengan dua orang panel. So, semua gelabah gila lah. Dahla panel kitorang paling lambat. Dekat pukul 12 lebih baru sampai giliran aku. Aku diinterview oleh dua orang panel (lelaki dan perempuan). The thing is with UM interview … you can’t expect what questions they’ll ask. Ada kawan aku dia tanya “macam mana awak nak handle stress?” Dia ala-ala sembang je lah. Aku rasa tu lagi susah sebab kau tak tahu apa yang dia nak. So, giliran aku dia tanya :

1.    Please introduce yourself.2.    Kenapa UM? Boleh nyatakan alumni UM? – Masa ni aku sebut nama YA Datuk Wan Afrah and one of the panel be like “jawapan dia skema kan?” bapak ahhh terkezut mak . So, dia nak lagi alumni dari law school. Azwan Ali etc nasib baik lah tahu jugak … hahahhaha
3.    Kenapa tak pilih UiTM ?
4.    Apa beza cara belajar semasa sekolah dan di asasi

Etc… kitorang banyak sembang je. Dia ada tanya “nak duduk kolej/rumah?” “sekolah kat mana? Dah biasa lah masuk UM ni?” “Kitorang takde notes macam UiTM, Fatin boleh ke? Confident ke? Suka membaca tak?” “Kat Dengkil baca buku apa?”--- jawapan aku paling ‘bebal’ untuk soalan buku kat dengkil ni. Sebab aku jawab “kat library Dengkil takde buku” HAHAHHAHAHA terkejut kau interviewer tu. HAHAHHAAH maafin gue
Sekali lagi, Bahasa yang digunakan ikut nasib kau. Aku bernasib baik, diinterview dalam Bahasa Melayu berbanding dengan rata-rata kawan aku semua kena BI.

Wassalam.

p/s: Salam Ramadhan al Mubarak. Selamat berpuasa !


You Might Also Like

51 comments

  1. All the bestt! Dahsyat nih dapat peluang iv top univ ipta di Malaysia. Eh awak asasi undg2 uitm kan? Kenal Hakiim Izani dgn fatin farzana tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Allahu, saudari... ketahuilah bahawa ada ramaiiiii sangat pelajar di UiTM Dengkil . Probability untuk saya kenal mereka senipis kulit bawang hahhahahahhaaha gurau je

      maaf, saya tak kenal mereka :)

      Delete
  2. im so proud of you! seriously lepas baca your blog ni rasa nervous nak amik law hahaha btw how much do you get for your spm eh? sbb saya pun baru level spm ni nak amik jurusan law hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou ! i got 6As for my SPM. i wish you all the best for your next journey !!

      Delete
  3. hi nak tanya jika asasi undang undang uitm p1005 dapat ke UM untuk degree tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope.
      Tapi a few of my friends from pi005 dapat offer from UKM.
      Kena buat surat direct to the Dean of the Faculty

      Delete
  4. Hi, may i know the dress code during the interview? (for uitm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Formal.
      Ladies - Baju kurung, kasut bertutup / suit.
      Men - Kemeja + Tie , seluar slack + kasut bertutup (kulit,pvc - no kasut sukan okerps)

      Delete
  5. Hi, is there any chance for me to enter law school in UM or UKM if my pngk is 3.50 and muet band 5? Thank you ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello there.
      I would say... yes , provided that you perform really well during the interview. Good luck yaa :)

      Delete
  6. is it true that if i got below 3.0 in 1st sem, my name will not be listed in iv lists for uitm law programme ? if yes, what should i do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. interview calls are based on result of both semester if im not mistaken.

      Delete
  7. Saya dapat 3.33 dalam stpm dan muet band 4. Adakah saya masih berpeluang untuk dipanggil ke interview di UIA, UITM dan UKM? Dan akak dulu asasi pointer berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMO ada je peluang tu as long as u fulfilled the minimum requirement usually diorang akan panggil untuk interview. Asasi saya dapat 3.83

      Delete
    2. alhamdulillah, what a relieved dapat tahu ceni. memang dah fulfilled minimum requirement dorang dah. berharap sangat dapat interview law. saya memang minat sgt nak study law. it's my passion. hopefully dapatlah interview tuu. risau jugak sbb pointer saya orang cakap rendah nak buat law. sbb mostly orang kata law ni mesti at least 3.5 keatas. pointer saya lak 3.33 je hanya lepas syarat min 3.00 uni. hmm harap2 dapatlah capai cita2. haha thanks kak for your respond.

      Delete
    3. insyaAllah. Doa banyak2
      goodluck!

      Delete
  8. Assalam kak. Maybe soalan saya ni mcm pelik sikit. But saya sangat musykil. Untuk soalan "please introduce yourself?". Nak jawab mcm mana? I mean nak kena cerita mcm mana? Nama sahaja? atau family backgroud jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya jawab macam ni je
      -Nama
      -Study kat mana before this (sekolah & latest one ie ur asasi/matriks) and current CGPA
      -kenapa nak read law.

      Family background boleh je cerita tapi main focus adalah awak sendiri.

      Delete
  9. Akak pls reply your ask fm :))

    ReplyDelete
  10. Saya dapat pointer 3.50 and muet band 4.Saya laysk tak dapat tak course Undang-undang dekat ukm ? Pening nak isi upu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ah tuu
      interview nanti buat baik-baik

      Delete
  11. Salam akak.

    Wah akak sempat kat UiTM Dengkil.

    Hi senior :P How did you find Dengkiiil hahahaha

    I want to ask you, did anyone from your batch or any other batch you know yang apply dan dapat masuk UIA law from law kptm?

    thank you

    Iffah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Iffah,

      Sorry, I dont know anyone who study in UIA.. sorry :)

      Delete
  12. hi kak :)
    i would like to ask you a few question regarding law interview but can i have your email or any soc media acc maybe :)))))

    ReplyDelete
  13. hi akak , so i would like to ask u few questions regarding lawinterview can i have maybe your email or soc media acc perhaps , pls dont ignore these comments:')))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi najwa.. awak bolej contact saya di @exzmx (twitter)

      Delete
  14. thanks a lot for your sharing, really informative. tapi betul lah, kita sebenarnya tak tahu sangat apa yg interviewer actually tanya nanti kan. uitm dia tanya balik ke apa kita belajar masa asasi? in terms of preparation mmg kena betul2 buat even in the end diorang tak tanya banyak kan? in your opinion, patut ke kita jawab je the truth or exactly what we think? mcm kita nak pilih uni yg mana satu, and yeaa library dengkil tak banyak buku hahaha

    sorry tanya banyak huhu. akak belajar kat mana sekarang? anyway congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Nadhrah.
      3 interview yang saya pergi, UiTM je yang tanya saya apa kita belajar during asasi and also what is my favorite subject and why
      yeah prep kena buat betul2 . lebih baik kita datang well prepared daripada tidak untuk jadi lebih confident nak nampak kita ni memang bersungguh-sungguh. IMO, tak salah kita jawab the truth tapi lepas tu kita kena justify la the reason why. tapi kadang-kadang bila keadaan memaksa tu ko kelentong je la diknon, puji lebih sikit universiti tu hoh hoh hoh

      rn saya sedang belajar di UiTM Shah Alam. Thankyou :)

      Delete
  15. Hye..saya dapat panggilan IV dkt UKM hari ni..macam mana nak prepare erk? Saya lepasan Stpm saya risau pulak pihak U tanya soalan yg susah sgt sbb stpm x belajar law secara menyeluruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Banyakkan baca isu semasa, masa interview tu be confident.
      documents yang dia suruh bawa tu pastikan lengkap before pergi interview.
      Tak... dont worry, interviewer takkan tanya soalan yang terlalu susah untuk pelajar jawab - usually diorang consider juga background pelajar .
      Goodluck :)

      Delete
    2. Mimiey Potter..same here.. Saya pon lepasan Stpm jugak n dpt IV kat UIA..risau sangat ni haa IV nnti..thks kak fatin mz post pasal IV law..kalo dia tya pasal legal questions memang pengsan kot haha..

      Delete
  16. Hi Fatin...

    Is there any written test in UM interview?

    Or there is only oral test?

    I got an interview session in UM next week...Can you please advise?

    Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown

      No written test for UM interview.
      Maybe my batchmate from asasi (currently studying in UM) can help u regarding the possible question asked during the interview. You can reach him @IqbalHarith97 (twitter)

      Delete
  17. Hi akak. Boleh saya tahu berapa jam ya iv kat um dan ukm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UM would take long
      UKM around 2-3 hours (depending on your turn, lagi lambat, lagi lama)

      Delete
    2. Oh. Thank you sis

      Delete
  18. Hi sis. I just got interview at um and ukm. Since I'm from matrik i don't have any exposure about basics of law. can you give me some advised on how to prepare myself for the interview? What do i have to know mainly?

    Thank you sis. Your page is very useful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://zemalaysiano.blogspot.my/2017/05/tips-interview.html

      This is the main ref (for now)
      Basically what you have to know is the current issues (domestic/international ie Manchester bombing, terrorist attack etc) and also a bit of basic law knowledge such as the hierarchy of the courts, who is the current Chief Justice and others.

      Delete
    2. Thank you sis

      Delete
  19. Assalamualaikum..akak saya nk tya psl iv tu..memang in group ke ada je yg dorg iv sorg2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Kalau UiTM boleh berubah , UM individual , UKM in group.

      Delete
  20. salaam
    iv uitm agak2 berapa lama?
    and panel tanya sorg2 atau siapa nk jwb dia jwb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      20-30 minit
      panel tanya sorang-sorang

      Delete
  21. Ada x budak law yg dh tua umur dia 25 keatas

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum, your post really amazed me! and hi! im also from uitm dengkil. as we know, in uitm dengkil we both have law uitm and law kptm. I'm sorry for asking this, as maybe you had explain this in your previous post. But were you from law uitm or law kptm? And, What are the qualifications to attend the interview from ukm/um as im from law uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ainan.
      I was from KPTM Law Foundation.
      The qualifications are as follow:
      At least 3.00 CGPA
      MUET Band 4 (Band 3 + A for SPM English for UKM)
      Passed the general requirements for the university that you applied

      I hope that helps :)

      Delete
  23. Cgpa 3.33, muet band 3 dan engish spm A- . Pd pendapat awak layak tak ya untuk mhon degree in law di UM? Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers