FAQ | ASASI UNDANG-UNDANG

5/18/2016 12:53:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soalan berulang je teman dapat. letih mak nak explain satusatu deknon oi.

1. SUSAH TAK SUBJECT LAW ?

Susah ya amat . Fokus adik2. Fokus dalam kelas, banyakkan membaca dan berfikir secara kritis. Banyakkan buat latihan, insyaAllah, semuanya jadi senang.

2. SAYA DAPAT ASASI UNDANG-UNDANG. BUKU APA YANG KENA BELI EKKK ? FED CONS TU WAJIB KE?

Federal Constitutions tu kitab wajib kome masa asasi. Beli yang bahasa Inggeris . Kalau tak cukup duit , download je. tapi berapa sen lah sangat fed con tu berbanding kalau kau nak print, binding bagai , kan ?
Kalau nak download, ni linknya : http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/FC/Federal%20Consti%20(BI%20text).pdf

Senarai buku : 

SEMESTER 1 :
[LAW016]
1.Federal Constitution
2. A First Look at Malaysian Legal System (Wan Arfah Wan Hamzah)



[LAW012]
1. Law, Morality, Justice, Freedom and Equality: The Underflying Concepts (Haswira Nor Mohamad Hashim  & Anida Mahmood) 

//Dr Anida was my LAW016 lecturer. Her class was so fun but, mengantuk (kelas 'sejarah' pukul 8pagi woi siapa tak lena)

\


SEMESTER 2

[LAW037] [LAW087]
1. Questions & Answer on Malaysian Courts, Statutes, Cases & Contract, Tort and Criminal Law


//Kalau korang boleh dapatkan buku ni dari semester satu lagi syiok pembelajaran korang. sebab buku ... purrfect ... 

[LAW087]

1. Contract Act 1950
2. Penal Code

[LAW088]

1. Global Issues (Richard Payne) 
Takmo letak gambar sebab kavernya berubah bila edisinya berubah. 

[LAW039]

1. Social Psychology (Robert A. Baron)



Buku-buku ni korang boleh dapatkan di toko-toko buku yang ada dan , UiTM pun ada kedai buku so, boleh lah beli kat situ. Lagi senang dan murah (?) JANGAN BELI KAT PUSTAKA MUKMIN . MAHAL !!!! Tapi... Pustaka Mukmin ada collection yang lengkap .

Buku MERAH tu paling penting dalam hidup korang masa semester dua. 
Dak dak sem 1 , ko beli je Fed Con dengan buku hitam tu. Buku hitam tu umpama 'bible' korang utk law012. 

3. ASASI LAW NI KAMPUS DIA KAT MANA EKKK ? 

Sekali lagi hang tanya soalan ni aku pelangkung kepala. 
Diknon oi, sekali lagi akak jelaskan , kampus untuk pelajar asasi terletak di Kampus Dengkil , di mana hangpa semua , tak kira lah asasi sains ka, engine ka, law ka ataupun tesl, hangpa akan duk sana. belajaq di dengkil. jadi orang selangor gittew. Hujung minggu gi berjimba kat ioi City Mall/Alamanda

4. BAJU/BARANG WAJIB BAWAK.

WAJIB BAWAK : 

Pelajar perempuan : 
1. Baju kurung putih (plain) - baju sekolah hangpa tu lah
2. Kain hitam/berwarna gelap 
3. Kasut kulit/pvc hitam

Hat ni, hangpa pakai masa hari perasmian MDS (masa baca ikrar etc)

Pelajar lelaki :
1. Baju kemeja putih
2. Seluar hitam berkilat gittew
3. Kasut kulit/pvc hitam

+ Tshirt putih & Seluar track - akan ada satu hari utk bersukan. 

Sepanjang MDS, korang kena pakai baju kurung/kemeja + necktie ... maka kepada gigurls tu, pakailah kasut yang selesa... tak payah lah nak wedges/heels ke apa ke . Sakit kaki, hangpa gak merana. 

Pakaian ke kelas :
1. Formal - Baju Kurung , kasut bertutup (wajib pada Hari ISNIN)
2. Black/White - RABU . Sekali lagi,.. HARI RABU. bukan Isnin. Batch aku pi pakai hari Isnin. Hadumakk
3. Semi-formal - Blaus, t-shirt (berkolar) , seluar slack. 

Pakaian seharian:
Amboi hat ni pun takkan nak habaq gak. Pakaian yang selesa dan sopan yer. Walaupun sejantina, pakai senonoh sikit sebab kita tetap kena jaga aurat dengan satu sama lain ukeiss

Bawaklah kasut sukan untuk bersukan pada petang hari. 

4. SAYA DAPAT PI005, NANTI DEGREE BOLEH TUKAR U LAIN TAK?

TAK BOLEH. Jangan dok gatai. 


wei, ramai kot batch akak nak masuk kembali ke UiTM tapi masing-masing tak dapat interview kat UiTM. Cedih tau.

5. BOLEH TAK CITER SKET SITUASI KAT UITM DENGKIL ?
Boleh dakkk tanya soalan yang specific sket? Situasi apa ? Situasi belajar ? Makan ?
Hang log in twitter , search "UiTM Dengkil" . 
Okaylah.... akak kan baik , so akak citer ah . 

Dengkil, has the best scenery. In Dengkil, we have 'hipster' cafe and wall . We have new facilities. The hall and classes are damn nice and sejuk gittew ... Foods here are great. Nasi Ayam Penyet dia ... first class gittew. tapi jangan mintak sambal banyak sangat. nanti sendu ....


ANYTHING ELSE, PLS TANYA DIRECT KAT TWITTER [@exzmx] atau ask.fm 




You Might Also Like

9 comments

  1. Wahhh, not even kidding. Law punya subjek klu x minat, boleh mengundang emosi. Sy tak pernah bljr law, tp bila baca ni wahhh... Tak sanggup uhuhu


    All the best future lawyers / prosecutor / judge
    Apa beza prosecutor, lawyer dgn attorney eh? Curious pulak.

    ReplyDelete
  2. Hari rabu yang baju black and white tu bebas atau wajib bju kurung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kurung, three piece (suit) , blaus . Formal/Semi-formal

      Delete
  3. Untuk hari rabu baju black and white wajib pakai baju kurung atau boleh berpakaian bebas(blouse etc)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kurung, three piece (suit) , blaus . Formal/Semi-formal

      Delete
  4. How much is all the books?? Coz I'm going to uitm dengkil by next week

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont remember. Around 200bucks in total

      Delete
  5. Student PI005 boleh sambung degree lain ke kat uitm?

    ReplyDelete

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers