Pengalaman Asasi Undang-Undang (PART 1)

1/22/2016 08:12:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari Isnin ni .


Sebelum aku mulakan cerita tentang pengalaman aku-tak banyak pun sebenarnya , baiklah korang baca dulu post sebelum ni : ASASI UNDANG-UNDANG UITM

Okay. Berbanding dengan batch sebelum ni, pelajar asasi diasingkan di kampus berlainan , contohnya asasi sains di PALAM dan asasi undang-undang (KPM) di Shah Alam. Dan mulai batch aku, kami disatukan di satu kampus baharu yang terletak di Dengkil (aku akan buat post lain tentang ni)

Tapi, sebelum ke Dengkil, kami ditempatkan di kampus transit. So, memandangkan aku ialah pelajar asasi undang-undang kpm, makanya kampus transit aku kat seksyen 7 Shah Alam. Kampus induk. 

Kat Shah Alam pulak, kami ditempatkan di Kolej Mawar.

First thing first. 
MDS atau Minggu Destini Siswa.

MDS ni .... definitely hellish week for new students. Bukan kena ragging pun tapi banyak sangat aktiviti sampai tak cukup tidur. Okay, bayangkan ... kau kena bangun pukul 5 pagi cemtu dan aktiviti habis dalam pukul 12-1 pagi. Ada sekali tu, satu bilik aku terbangun lewat (hahahhahahaha) habis satu floor kena bangun awal esoknya. Floor Rep masa ketuk bilik kiterang be like "Seriously korang baru bangun?" -aku rasa dia nak menangis . xD 
Thankfully malam tu kiterang dah mandi so, takdelah kalut nak mandi pagi. Cuma tukar apa yang patut tukar je lah. 
Ya, adik-adik bakal penyambung tradisi, you takde masa walaupun untuk mandi pagi. Silalah praktis mandi malam (untuk tempoh seminggu je pun- tapi MDS aku 4 hari) 

Aku sebenarnya okay je dengan program MDS ni (the talks etc) tapi aku tak suka part kena main chip chip lah , menari tah pape tu. Like seriously man ... dah 18 kot ape cer ?! Tapi disebabkan akak tu comel (Kak Min), so kiterang redha je lah...  Dan satu malam tu adalah certain student panggil one of our PMDS (abam/akak fasi) ni dengan nama dia je. Okay, nama dia Zahir.... so... dia rasa KAMI SEMUA tak hormat dia. Abam ni emosional lah marah je lah those people(ni roommate aku cakap, bukan aku hihihii) 

Tentang kolej, Dataran Cendekia (DC-yakni syurga makanan pelajar uitm shah alam) aku taknak cerita since next batch bukannya akan transit di sini pun.

Tapi seriously, makanan kat sini best cuma banyak tikus berkeliaran ahahahahaha
pusat sukan pun best

cuma, kalau nak ke fac kena naik bas la. jalan kaki pun boleh tapi semput gak lah har har har

FAKULTI
Fakulti terletak kat depan Kolej Perindu (kolej mahasiswa) dekat dengan ACIS (Academy of Contemporary Islamic Studies) dan Pusat Islam (mesjid) serta PTAR. 
Kat sini bangunan panggil Cempaka. Kelas aku biasanya kat Cempaka 2. Bangunan takde lif tau , tak macam kat Dengkil hahahhaha (okay part ni Dengkil win) yelah, kat sini sampai tingkat 3 ke 4 tah tapi semput gak lah nak panjat tangga, berbanding bangunan akademik kat Dengkil sampai 6 tingkat so kenalah ada lif kannnn.... walaupun aku asyik kena naik tangga jugak sebab lif penuh :(

Aku tak tahu nak cerita apa lagi, adalah lebih baik korang tinggalkan komen kat post ni. Boleh lah aku jawab satu persatu. Lagi senang macam tu.

Bye !

You Might Also Like

11 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. bnyk perempuan kn...ambik law.. laki sorang dua jer

    ReplyDelete
  3. @Nero Herrera eh tak jugak. takde bias dalam pengambilan. Sebab lelaki ramai dekat asasi kejuruteraan dan sains , also universtiti lain. ramai juga yang prefer kolej komuniti utk belajar kemahiran ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sy lepasan spm 2015, saya berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang undang saya dh buat research tntg asasi Undang-Undang di Uitm dan KPTM tetapi keputusan spm saya tidak memenuhi kriteria sms ingin mengisi UPU sy mendapat A dalam bhsa inggeris dan Sejarah total 4A kelayakan minimum memerlukan 5A. Patutkh sy teruskan untuk memohon atau tidak? kerana mungkin akan ada intake ke 2? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. @Anonymous nasihat saya, mohon ikut kelayakan anda. jangan buang masa dan 'option' . boleh juga semak e-syarat uitm utk tahu layak ke tak. :)

    ReplyDelete
  6. Asasi law kat kampus dengkil..boleh x cerite situasi kat sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi macam mana?
      Makan kat Anjung Dengkil, Khamis dan sabtu ada pasar malam
      Kelas di Bangunan Dinamik/Progresif/Etika

      Delete
  7. kampus kat shah alam or dengkil actually?? tak fahamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar Asasi ditempatkan di kampus Dengkil
      Saya batch pertama UiTM Dengkil, kami masuk ke UiTM Dengkil masa semester 2. Sem 1 kitorang kat Shah Alam

      Delete
  8. Boleh bawak motor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik je kampus nak bawak motor buatpe :3
      Masa saya dulu kenderaan tak dibenarkan. Sekarang taktau.

      Delete

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe