REVIEW | JERAT - DAYANG NOOR

3/20/2015 02:35:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera




Aku rasa, via caption tu pun korang dah dapat tahu betapa bestnya buku ni , kan? 
Buku ni , aku beli dengan gaji kedua aku sebagai kuli kat famous amous. Mula-mula tu ingatkan macam tak worth lah beli buku ni. Sebab ada jugak certain bukufixi tak best pun nama je penerbitan fixi. 

Ingat ye adik-adik , tak semestinya labelnya bukufixi, bukunya best tahap gaban. Ada sesetengah buku lambat sangat flow cerita dan perjalanan plot yang tak smooth. Ada sekali tu aku hampir give up dengan buku Trio tu sebab aku tak dapat nak tangkap apa yang author tu cerita. Tapi mengenangkan RM 9.90 aku tu, aku habiskan jugak dan okaylah, tak menyesal beli. RM 9.90 tu sebab aku beli ebook kat google books. 

Kalau korang malas nak beli buku fizikal , leceh ah konon kan , korang beli je kat google play tu. Murah lah sebab ebook kan tapi, bahaya pada mata sebab ko dok tenung skrin hanphone lelama kan tak elok.

ULASAN

  •  Taktahulah kenapa, mungkin sebab instinct (kot?) tapi macam dah dapat agak siapa penjahat disebalik kes-kes yang terjadi
  •  Disebabkan aku bukan orang IT dan minat lah jugak dengan bidang ni, aku rasa elemen ni merupakan salah satu penarik kenapa buku ni laku keras di pasaran
  •  Aku rasa macam tengok movie. Kalau korang pernah baca Harry Potter then tengok movie dia, apa perasaan korang ? Excited kan ? cemtulah aku rasa. Sesuatu yang sukar digambarkan sebab plot dia menarik. Kudos kepada DayangNoor sebab ini kali pertama selepas siri Harry Potter, aku mampu masuk ke dalam dunia yang dicipta penulis.
  • Aku perempuan, dan penulis juga seorang wanita . Jadi , mungkinkah ini faktor menyebabkan bahasa beliau lebih mudah difahami dan dihadam ? Hahahha , korang kena baca buku ini untuk sahkan teori aku. //kalau korang perasan, majoriti penulis Fixi lelaki , kan ? // dalam erti kata lain, ayat dia tak memerlukan pemikiran ala-ala KBAT SPM untuk aku faham macam sesetengah buku lain. Ada certain buku, aku kena baca dua kali baru aku dapat cerita dia. Hadui sedih betullah. Ingatlah para penulis,tak semua pembaca macam Stephen Hawking yang IQnya tinggi melangit *smirk*
Bagi aku, Jerat membuatkan aku berfikir kembali tentang cita-cita aku. Betul ke , aku nak jadi lawyer //padahal dah isi UPU// Aku akui, memang aku minat dengan benda IT,coding pesemua ni //blog, kaulah puncanya// walaupun sedikit memeningkan. 

Watak yang menarik perhatian aku ; Tash 

Dua-dua nama ni , bukannya watak utama tetapi , penampilan mereka significant. Tash dengan server dan kisah silamnya yang menyedihkan . Betullah tuitpemes dok kata, the saddest person smile the brightest. Walaupun Tash ni sebenarnya sidekick je kepada si Shereen , tapi dia tetap peberet aku sampai sekarang. Cuma aku tertanya-tanya apa jadi kat abang Tash. Sebab tak silap aku, dalam buku ada cerita pasal abang dia bagi server Sunfire yang jadi kesayangan dia tu, tapi keseluruhan novel seolah-olah macam dia ni anak tunggal. 



Pengakhiran cerita ni membuatkan korang rasa geram dan panasss je kat penulis sebab kau akan rasa macam takde keadilan kat dunia ni. Sedih kot bila watak utama tu jadi cemtu . Haih .

nak tahu apa yang jadi ? 
Boleh beli kat fixi.com.my sementara gst belum implement ni baik cepat 


ps//

untuk novel Hilang, sengaja aku taknak review sebab nanti habis aku men-spoil-kan mood kome hahhahahaha 





You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe