review | MURTAD - Hasrul Rizwan

12/17/2013 02:30:00 PM

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera


Ola everybody .

Buku ni aku beli kat MPH dengan harga 19.90 .
Antara sebab aku suka benar dengan buku FIXI adalah harganya yang sangat murah dan buku dia lain daripada yang lain . K ni dah kira promosi , pihak Fixi patut bayar aku komisen memandangkan sebelum ni aku dah review novel Kasino . Hahahahha

Kenapa aku pilih buku ni ?
Aku dah aim lama buku ni tapi masa Pesta Buku 1M kat PWTC dulu tu , pitih tak cukup sebab tu aku beli Kasino .
Tajuk novel ni sangat menarik . MURTAD .
As Muslim mestilah kita curious . Apa yang nak diceritakan oleh penulis ni . Kisah dia yang murtad ke , kisah benar ke apa ke . Sebab tu lah aku beli .

ULASAN AKU

Penggunaan watak adik beradik kembar seiras (Adam dan Akhil) sangat rare dalam novel melayu kita . Ada dulu sekali aku baca cerita pasal Ian Hanif dengan Ian Hafni tu je . Nama novel Seraut Wajah Memori by Hana Sakura terbitan Creative Enterprise . BEST ! Cerita dia melekat kat kepala aku sampai sekarang . see, kesan kelainan dalam pemilihan watak .
Well , disebabkan watak dan perwatakan yang hampir sama , kadang-kadang aku pun confuse penulis ni tengah cerita pasal Adam ke Akhil .
Well,  kembar kan ?

Selain daripada itu , penulis (Mat Gorn) juga menggunakan loghat utara . Lagilah aku berkenan sebab aku memang orang utara . Waahahha . Tapi , banyak juga perkataan yang censored . Kasino pun banyak . Fixi punya trademark kay . Penulis juga menerapkan unsur-unsur lucu dalam penulisannya . Well , time serious tiba-tiba keluar Azwan Ali lah neelofa ape semua . Hahahahha

Banyak juga sebenarnya yang aku belajar dari novel ni . Bukan pasal dema membunuh golongan murtad je tapi penerapan unsur amalan beragama watak tu sendiri yang membawa kelainan . Contohnya solat sunat yang dilakukan oleh kembar tu . Tak semua daripada kita tahu solat sunat rawatib apa semua tu , kan ?

Gejala Murtad dalam kalangan masyarakat dikupas dengan baik oleh penulis .
Well , benda ni sangat menyedihkan dan aku rasa sebenarnya tindakan kembar tu betul . Orang Murtad ni memang hukumnya dibunuh .

Ada juga yang murtad sebab nak menikah mat saleh . Agama dipermainkan . Bila baca novel ni , aku macam tersentap sendiri . Bukannya aku murtad tapi , apa yang aku dah buat untuk membendung murtad yang berleluasa ni . Amar makruf nahi munkar ...

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. [5:79]

Baca tu . Tenung dan renungkan .
Selamat beribadah semua :)



You Might Also Like

2 comments

  1. Buku Murtad, buku first FIXI yang kite beli. Yes, best giler haha! Terus beli sambungan dia, Tuhan :D

    ReplyDelete

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan ...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe