Happy Anniversary zemalaysiano !

11/29/2013 08:51:00 PM

Assalamualaikum .

; | via Tumblr


Sebenarnya , tarikh betul aku mula ber-blog ni tidak dapat dipastikan , tapi berdasarkan profil blog ni , dia kata aku start blogging since 2009 . So , dah 4 tahun . Weee

PENGALAMAN 

Macam-macam benda aku belajar daripada ber-blog ni . Contohnya ; html codes yang dulunya susah gila nak hadam . Mula-mula dulu aku guna design daripada satu website ni . Kalau otai mesti ingat ada satu website (tak ingat nama) yang provide layout untuk blog dan myspace . 

Zaman tu myspace hot gila macam twitter/tumblr/instagram sekarang . Aku pun salah seorang manusia yang terlibat dengan semua tu hahahaha.

Time tu semua pakat nak cantikkan layout myspace . Lepas tu berebut nak jadi top friends . Lawak gila . At that time juga , ayat rempit tu macam kebiasaan je . Mula-mula aku kenal benda ni bila kawan aku hantar mesej . Dekat setengah tahun aku simpan mesej tu sebab aku tak faham . Kenapa ? 

"Aq da smpi . tron bwh skunk" dan banyak lagi sebenarnya .

First of all , aku memang ada cousin yang gelaran dia "Aq" //alif + ain
and I really thought that it was him who sent the message . 
Kedua , skunk . In my life , skunk tu binatang yang kentut busuk . And that's it .

Lepas aku 'belajar' and eventually guna ayat rempit tu , baru lah aku faham menda apa tah kawan aku cakap . Hahahaha lepas tu aku gelakkan diri aku sendiri . Lol

Blog ni , pada mulanya Adlina dengan Zafirah yang melopori dulu lepas tu berjangkit dekat aku . K tu lawak . Masa tu dan sampai sekarang //kot ....
Tapi sekarang , tinggallah aku seorang ... eh , Sarina sekali :) 

Followers ? Haih takpayah tanya sebab aku memang tak rajin nak blogwalking ni ... Most of my followers semuanya datang daripada GA yang aku sponsor ~ Sabrina SA , Fatin Hazwani ... tu je ... xD

DESIGN

About design , jangan nak tanya ah . Ahahahah masa tu , masing-masing berebut nak jadi blog paling lawa . Carilah tutorial sana sini . Paling femes Lyssa Secret .
Ya Lyssa Secret punya tutorial sangat berguna sebelum munculnya blog-blog lain yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni . 

Dulu aku guna template watermark yang ada gambar rumput tu . Masa tu rasa blog dah cantik gila lah . dengan headernya . Hahahahahhaha

Kendian , baru aku kenal dengan blogskin . Tu pun lepas ter-blog walking kat blog sapa tah . Tengok macam cantik je , macam comel je . Aku ingat lagi , my very first skin name was 'Neverland' . Kendian guna skin Faqihah Husni http://www.blogskins.com/info/375361

Tapi aku ni stok ego sikit . Hahahha . Taknak lah sama dengan orang lain . Yelah kalau dah ada kat blogskin , confirm lah ramai lagi guna skin yang sama .. Takkan nak sama dengan orang lain kot . So , masa ni lah aku memperkembangkan bakat aku dalam seni mengedit blog . Cisssss 

Dah banyak skin yang aku guna sebenarnya . Nak fancy konon . Cewahhhh . Kendian , aku terasa yang aku perlu kembali kepada asal , kembali kepada simple template . Masa tu //beberapa bulan lepas
aku dah macam sasaeng nana Johari dah . kahkahkah . Disebabkan ramai sangat blogger femes guna simple , dan benda ni senang nak edit ,so aku kembali lah ke situ .

Tiba-tiba , skin tu error . Tah jadi apa . Sedih betul . Sebenarnya , edit simple template ni lagi remeh daripada blogskin . So , aku tukar balik ke blogskin . Merajuk punya pasal ! Gunalah daoxiang punya skin . Yang tu nampak suci , putih je . So , menarik minat aku .

Sebenarnya masa ni , selera aku terhadap blogskin dah mati sedikit demi sedikit . Hahahaha

Then... dah lama .... menyampah . Tukar balik macam sekarang ni ... taraaaaaaaaaa ! Ini pun sudah beberapa kali proses mengedit . terima kasih kepada Atiqah Jaidin , Hafiz Zulkafly , Adam Faiz , Kak Lyssa etc sebab bagi inspirasi dan idea . cewah ayat gaya terima anugerah ASK ko .


EDITING SKILLS/TAHUN AKTIF

Macam biasa lah manusia , semakin lama semakin pandai . Belakang parang kalau diasah makin tajam , kan ? Macam tu jualah aku . 2011 merupakan tahun aku paling aktif ber-blog memandangkan masa tu ada broadband . Kendian , ayah aku apply Unifi . Wahwahwah .Alhamdulillah :)

Photoshop aku mula kenal daripada form 1 yakni 2010 . Tapi start tahun lepas baru aku boleh edit-edit poster bagai tu macam kat sini :

http://zemalaysiano.blogspot.com/2013/11/poster-graphics-challenge-by-nana-johari.html

//THANKS KAK NANA JOHARI !

Kenapa aku aktif ? Masa tu , Syaffira Einani Hurairah dengan aku tah macam mana berperang sakan . Tak matang betul . Bila fikir balik , aku pun tak faham kenapa kitorang boleh jadi macam tu . 


Tu blog diorang ~ Silalah berblogwalking :D

Google Image Result for http://24.media.tumblr.com/ba3e1c7e52a1274519ce046685a0dc75/tumblr_mmglo4NkaY1sq7vjao1_400.gif


Apa pun , aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan followers yang bersama-sama dengan aku meskipun pada waktu senang atau susah . Aku ... sayang korang . Semoga korang dirahmati oleh Allah swt 


; | via Tumblr


p/s : Nama-nama yang aku ada mention tu , aku sertakan sekali link dema . Silalah meriahkan blog mereka :) 

Facebook

Bye *waving*



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers