Review : Kasino (Saifullizan Tahir)

4/21/2013 02:47:00 PM


*gambar ni aku google je*

Assalamualaikum . So . Dulu aku ada cakap nak buat review pasal novel ni . maka , hari ni janji ditepati . Lulz *mood politik*

Kasino ni , pada aku banyak berkisar tentang keadaan sekarang . Lebih kepada businessman & politicians . 

So , basically , cerita dia berpusing-pusing , putar-putar dalam life seorang ahli perniagaan Melayu , Dato Mohd Narcissus Yussof . Nama dia gempak beb . Tapi , dalam novel ni , depa tak sebut pun narcissus tu . Sebut dato je. 
Cerita ni more to political view of a businessman where , politic tu hanyalah untuk business bagi mereka . Dato ni , even though dia kaki perempuan , suka minum wine merah , tapi dia tak pernah tinggal solat . Actually , it really represents keadaan kita sekarang . Solat , tapi still melakukan maksiat yang lain .

Cerita ni menarik sebab dia out of the box , means ; takdalah lovey dovey sangat . Bukan novel Melayu tipikal lah . It makes you become curious to know what would happen in the next . Pergh ayat . 
Oh . Setting dia adalah semasa pemerintahan PR (Pakatan Rakyat) di hampir seluruh negeri di Malaysia termasuklah satu negeri yang direka dalam cerita ni ; Tualang . 

Ceritanya bermula apabila Dato ni kena bayar balik RM 3.8 juta kepada kerajaan negeri lepas perasmian projek Marina Kuala Tualang tu cancel . Tempoh 14 hari tu telah membawanya ke Kasino . 

Best Bits

1. Quotes . 

Bukan quotes lah . More kepada thoughts .

Aku rasa sekarang ni boleh dikatakan 80% perempuan Melayu pakai tudung . Ini aku salahkan Anwar Ibrahim, dia yang mengubah Malaysia jadi macam ni.

Semenjak dari hari itu juga aku kurang percaya dengan ustazah-ustazah , ustaz-ustaz, tok guru-tok guru, malahan semua orang yang mengaku tahu tentang agama . Bila mereka tak dapat jawab , mereka marah kita balik. Salahkan kita , kononnya nak ikut Yahudi . Bodoh 

2. Perincian

Penulis seorang yang teliti . Hahhah . Yelah , sampai ke boxer briefs , segala apa yang dipakai semua dicerita . xD

3. Kelainan

Highly recommended for those yang dah boring dengan lovey-dovey . But one thing for sure , novel Fixi , bahasanya kasar dan sempoi dan 18sx (lil bits lah )

***
So , buku Kasino ni dah masuk dalam list favourite book aku . Santai dan lain daripada yang lain . Buku ni pun senanya ada ajar cara nak main poker . Hahahha . tak salah pun kalau tahu . Bukan kita nak main ; kan ? Nawaitu , tu penting .


Mintak maaf kalau review aku ni tak puaskan hati korang . Ni first book review aku :/

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers