Kem di Ulu Bendul [PART 3-LAST]

4/06/2013 09:21:00 PM


Hari 4 . 4/4/2013


Pagi ada pertandingan pandu arah . Rakyat jelata yang tinggal kat kawasan kem ni busy dengan longkang lagi lah . Yelah ,, longkang dah tertimbus . Lepastu semua berkumpul kat tepi pokok . Main teka-teki . Hahahahaha

Teka teki tu dengar macam 18sx tapi jawapan dia kelakar gila . Hahahhahaha .

Dah boring main teka teki , kami main musang dengan ayam . Ogy jadi musang . Kelakar betul semua dah tergelak-gelak termasuklah jurulatih . then main ice & water , aeiou stop lah apa lah . sewonokkkkkk

Lepas habis game musang ayam tu , cik kat kantin tu panggil semua makan . Kitorang makan nasi goreng . Ahhaahhahaha sedap tapi pedas . Makan je lah . Ayq tak kasi .

Pukul 11 lebih , mintak izin kat Cik Mira . kita pi mandi ! Nikmatnya dapat mandi . Shower pulak tu . Time tu je sempat nak shampookan rambut apa semua . Hari-hari lain basuh badan biasa biasa je . Sebab waktu pack . Lepastu makan , solat zuhur dan get ready untuk pergi ke Istana Seri Menanti . Hoyeahhhhhhhh

Masa nak pi tupun satu hal ... Brickfields takda bas . Kena tumpang bas orang lain . Haihhhhh . Aku dengan Ain dapat naik trak . jyeahhh . Sampai kat sana gilir-gilir naik . Besau wei Istana tu . Tinggi pun tinggi . Naik atas sekali tu boleh , bila dah turun tu rasa macam nak menangis je sebab gayat . Ahahhahah

Petang tu ada Ikhtiar Hidup . Brickfields punya masa paling pantas 8 minit 40 saat . Daerah lain 9minit ke atas .Malam ada raptai untuk majlis penutupan. Penat gila . Ramai jugaklah yang tumbang . Hahahahah . Mengantuk kot . Brickfields je takde yang tumbang . Hebat ~

Balik khemah tu terperasan ada seekor kambing diikat kat tepi gazebo . Ain dah bising macam mak nenek kesian lah apa ah . Aku pun senanya , Tapi pukul 12 tgh malam tu baru tau , benda tu senanya untuk benda lain, bukan untuk dimakan . Yelah dah pi istana tu kan . Faham faham je lah . Malam tu Cik Mas dengan Cik Mira je yang sentri . Aku senanya patut sentri malam tu . Tapi ... depa takut something happen katanya .

Pukul berapa tah , hujan turun ... Cik Mas dengan Cik Mira tutup khemah kami dengan plastik mayat yang tutup khemah dia tu . Ahahahah Macam mana tahu tu plastik mayat ? Masa dia bagi kain lapik tu . Terkezut aku , sabun dengan ain . Hahahahh Cik Pyan yang cakap . Aku dengan sabun terjaga dan terus duduk. Ingatkan nak bukak khemah , tapi dia cakap tidur je .

Pukul 4.30 depa kejut . Panggilan pagi terakhir ~ hmm ...

Hari 5 . 5/4/2013

Hari terakhir kami di Ulu Bendul .... Lepas sarapan , semua bersiap untuk ke majlis penutup . Jurulatih kata , jangan tumbang . Seorang tumbang 5 kali tekan tubi . Wehehhehehe . Nasib baiklah majlis tu tak lama sangat . 

Pencapaian Brickfields 
-Johan Mara Lasak (L)
-Johan Merentas Halangan (L)
-Khemah Terbaik (L)
-Naib Johan Malam Kebudayaan
-Naib Johan Merentas Halangan (P)
-Naib Johan Pandu Arah (P)
-Ketiga Ikhtiar Hidup

Terbaik Lelaki dapat kat IPD Sentul , Terbaik Perempuan IPD Cheras . Keseluruhan IPD Cheras . Tahun lepas pun depa menang jugak . Biasa lettew ~ 

Habis majlis , ada makan-makan . Semalam makan best gila . Kari ayam . Air teh yang dah tak menggelegak macam selalu . Hahahhahaha 

Lepas habis makan , tiba-tiba ada orang kena histeria . Dang Wangi . Haih ...

Kami semua turunkan khemah dan load barang dalam khemah . Guys pulak pergi solat jumaat . 
Sementara tu , kami kena tunaikan janji kat Cik Mastura lah . Sebab ada dua orang pengsan . 10 kali kena . Takpelah , kenangan terakhir . :) 

Dok tunggu lelaki balik tu kitorang dengar cerita daripada jurulatih . Ahahahahhahahh pasal beruang dengan penoreh getah & pasal taik xD 

Then , sesi bermaafan . Start dengan jurulatih .

Cik Mas : Saya mewakili jurulatih nak mintak maaf kat awak semua . Kami tau awak penat , sakit hati dengan kami . Sebenaqnya , perangai saya kat sini , bukan saya yang sebenaqnya . Kalau saya bawak sifat saya dari rumah , mungkin awak akan pijak kepala saya . Kami tau kami banyak buat salah kat awak semua , kami mintak maaf banyak-banyak . 

Ada lagi lah yang dia cakap senanya . Sebak ouh :/ Cik Mira dah banjir ah kat belakang . Cehh kata gangster . Hahahahaha  Lepastu cikgu Hamimah dengan Cikgu Siti pulak cakap . 
Masa cikgu Siti cakap tu lah semua meleleh ... Haih ... sedih betul . 

Kami buat satu barisan panjang dan minta maaf dari hujung . 
Tapi bila sampai kat Cikgu Amy tu , terus spoil mood . Hahahahah boleh pulak buat lawak . xD 

tsk tsk ... lepastu semua beratur untuk balik ... 
Naik bas , Cik Mas buat kuiz spontan sebab aku tanya dia berapa tinggi dia . 171 cm kau . Terkezut aku . Hahahahha 171 tu tinggi gila kot . Lagi tinggi daripada Cikgu Fauziah . Haih . Jealousnya saya ~
Soalan dia semua pasal dia hahahah umur lah , umur encik pyan lah apa lah . Semua dapat reward seringgit . Last question rewardnya RM 5 . Gwa dapat baiiii ! Soalan : Sebelum lambang Integriti digunakan , apakah lambang yang diguna ? So , my answer is Anti Rasuah . hihihi

Sampai IPK , IPD Brickfields dibelanja KFC !! Wow hebat wow wow hebat hebat huha . Hahhahahah
Alhamdulillah , rezeki KFC haritu . Syukran jazilan .


Pengalaman di sana sangat menyeronokkan . So , rugi ah siapa yang balik awal tu . tsk tsk rugiiiiii sangat . 
Terima kasih dan tahniah kepada  geng-geng IPD Brickfields , Cik Mas dan Cik Mira serta Cikgu Siti dan Cikgu Hamimah . Terima kasih jurulatih dan cikgu kerana menjaga kami macam family sendiri sepanjang program di sana . Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa bersama dan menerima denda bersama. hahahahahah Semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti . May Allah bless y'all . 

p/s:Dah sampai sekolah pun rasa taknak balik . Nak pi lagi tsk tsk :(

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan ...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe