Kem di Ulu Bendul [PART 2]

4/06/2013 03:45:00 PM


Hari kedua . 2/4/2013
 Hari ni ada pertandingan kawad kaki . Sebelum kawad berpasukan , depa start dengan kawad individu . Gempak ah . Payah kot kawad individu . Hahahha . Mula-mula depa suruh setiap peserta bagi arahan then dia uji . siapa silap , kena keluar baris . payah . salute gila lah kat pemenang . Then baru kawad berpasukan .

Lepas kawad berpasukan tu dia bagi rehat sat . Lepas makan , kitorang tengok cuaca macam nak hujan . aku dengan sabun terus buat longkang sekali dengan longkang untuk jurulatih dan cikgu . Kitorang je ah buat sampai 4 set longkang . Hahahhaha . masa tu yang lain tengah dok rehat . Mula-mula guna cangkul , satni sekali dia bagi patah . Hambik kau , korek ah lubang guna kepala cangkul tu je . seronok . Yang lain pun pakat buat longkang gak .

Then , semua kena pergi ke tapak merentas halangan . Seronok tengok dorang merentas halangan . Hahahahha . Tiba-tiba hujan ! Tapi masih renyai renyai lah . Semua terus lari pergi khemah masing-masing . Bila sampai khemah aku je ... hambek kauuuuuu tembuih ! keliling tu dah basah dah . Aku pun tarik beg semua letak kat tengah . then pergi kat dewan solat tu . Then ain sampai . Kitorang mintak izin kat Cik Mira nak tolong cik mas . lepaih tu ... Operasi Korek Longkang , siap ! Hahahahahha

Malam tu , berlatih untuk malam kebudayaan . Kitorang tak masuk pun . time ni semua masih puak lagi .... Haih ... sampai .... "the rest is history"

Hari ketiga . 3/4/2013

Bangun pukul 4 pagi sebab khemah kitorang kena sentri malam . Seronok jugak sentri ni senanya . 4.50 kitorang kejut semua . Ada yang pergi mandi ada yang cuci muka je . Ekceli , kat sini tak sempat mandi pun . Lagipun pagi tu sejuk gila. Yelah semalam kan hujan . Hahahah . Lepas solat subuh , kami ada senamrobik . Aiyaiyaiyai . Lepas senamrobik pergi makang pulak . pagi tu makan maggi goreng dengan air milo .

And then peserta mara lasak pergi bertanding , kami yang tinggal ni kemaskan kawasan khemah . Dalamkan longkang lah , susun khemah , bersihkan khemah semua . Habis mara lasak ada yang pengsan lah apa lah . Tengok cuaca macam nak hujan , kitorang pun siap sedia mengalihkan beg ke khemah orang lain . Hujan ....
Habis hujan , kitorang lap khemah . Tapi tak ambik beg lagi lah .

Lepas dah siap semua , maka kami pun melepaklah di kawasan sekitar khemah tu . Merentas halangan kena buat semula sebab ada yang tak puas hati . Lulz . Aku dengan Wahida tolong Cik Mas cabut rumput kat belakang khemah depa . Hahahha dapatlah reward kitkat . xD  Budak kebudayaan pakat berlatih . Mula-mula macam takda harapan je nak menang sebab cerita melayu sangat .

Then encik razak tu panggil semua pergi dataran kawad untuk buat aktiviti malam kebudayaan . (petang senanya) Ramai-ramai duduk kat dataran tu . Dahlah tapak tu basah . Lencun habislah punggung . Pertandingan tu start dengan daerah Dang Wangi . aku dengan ain dah macam Ogy Ahmad Daud dengan Adlin Aman Ramlie kat belakang tu .

Ain : Hahahha . Boringnya cerita dia
Me : A'ah . Ada harapan nak menang ni . lulz

Lepastu IPD Cheras . Buat cerita pasal jangan derhaka kat mak pak . Not bad lah cerita dia . As usual aku dengan Ain kat belakang tu ... hahhaha . IPD Sentul punya drama best . Depa cerita pasal Lahad Datu . Last sekali baru lah IPD Brickfields . Best tengok persembahan semua IPD . ahahahhaa Tiba-tiba hujan ...

Sebelum bersurai dan umumkan pemenang , jurulatih pulak yang buat persembahan . Diorang buat cerita pasal kitorang . Ahahahhahahahha . Lawak gila bila ingat balik . Mendayung lah  , pusing kiri kanan pun tak betul , tekan tubi naik punggung dulu .... hahhahahahha seronok ! Lepastu depa umumkan pemenang .
Tempat pertama dapat kat IPD Sentul . Kami dapat tempat kedua . Ketiga IPD Cheras .

Habis pertandingan , semua get ready nak pi makan .Khemah kitorang dah basah dah . Biasalah kan .....

Lepas Maghrib (kat sini kitorang jamak dan qasarkan solat sebab memang tak sempat) , kitorang get ready untuk ke dataran kawad sebab malam tu ada malam ramah mesra bersama ketua polis KL . Kitorang buat baris tiga2 . Tiba-tiba hujan lagi . Renyai renyai . Bila Cik Mira panggil , baru kitorang duduk bawah khemah tepi gazebo .

Cik Mira : Yang korang pergi berjemur tengah hujan tu kenapa ? Dah gila ?
Cik Mas : Tapi bagus . Kamu ikut arahan kami . Kamu tunaikan janji semalam

Cewahhhh ~ 15 mins lepaih tu baru lah semua kawad masuk dataran tu . Tunggu datuk tu lama giloz . Ain dalam dok berdiri tu boleh lagi tertidur . Hahahhahaha . Kemudian dia pergi check khemah . Habis je dia check khemah dan balik , semua pergi balik khemah masing-masing .

Yang lain semua dah masuk & tidur . Kami je yang dok mencuci khemah tu . Malam tu kami tidur beralaskan kain yang diberi oleh Cik Mas . Alhamdulillah . Kan aku dah cakap , CikMas tu mula-mula je garang . ahahahahhaha xD


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan ...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe