Kem di Ulu Bendul [PART 1]

4/06/2013 01:47:00 PM

Assalamualaikum wbt !

Alhamdulillah , semalam aku balik dari Kem Kadet Polis kat Ulu Bendul , N9 . Kem tu gilaaaa best wooo ~
Kem tu 5 hari . Seminggu woi tak pergi sekolah . Hahahhahaha

Untuk entri hari ini aku nak cerita pasal first day kat sana .

Malam sebelum nak pergi tu , yakni hari ahad aku pack ah barang . Bag macam orang nak pergi travel jauh gila je. Hahahahha . Mak aku siap belikan bun konon takut kebulur katanya sebab Sabun kata  makanan memang terhad . Lulz . Ekceli tak pun .

Pagi tu aku bangun pukul 5 pagi sebab cikgu kata trak sampai pukul 6.45 . Maka , ayah aku pun hantar lah aku ke sekolah lepas solat Subuh . Bila sampai kat sekolah , rupanya aku orang pertama sampai . Hampeh betul . Lepas yang lain sampai , kitorang pergi ambil khemah daripada Cikgu Ita .

Pukul 7 lebih baru trak sampai . Trak kecik comel je . Hahahhahaha load barang dalam trak then bertolak pergi IPK . Sampai kat sana kena pakai full uniform pulak dah . Beratur ikut daerah . SMKSP daerah Brickfields . Lepastu encik tu (xtahu nama xD) ambik kedatangan ~

Then kami bertolak naik bas masing masing . Aku duduk dengan Ain . Dalam bas tu semua diam je . Sombong agi ah ni . Hahahaha . Jurulatih kitorang masa kem ni ialah Cik Mira dengan Cik Mas . Cik Mira ni aku dah familiar sikit sebab Sabun pernah cerita pasal dia . Lagipun aku dah kenal . Kenal cemtu je lah . Cik Mas ni baru lagi .

Cik Mas ni mula-mula jumpa dalam bas tu cengey gila . Ingatkan memang garang , tapi baik hati sangat . Ahahahha .

Sampai kat Ulu Bendul dalam pukul 11 kot , semua kadet berkumpul dekat 'padang kawad' . Lepastu Encik Razak kenalkan pegawai kat situ , Puan Kalsom . Orang dia cantik gila baiii Ahahahahahha

And then , Athirah pergi cabut undi untuk tapak khemah . Athirah ni budak TTDI , muka dia sebijik macam Kak Atin . Kitorang dapat tapak khemah yang betul betul depan gazebo . Function gila lah sebab strategik . Hahahahahahah.

Sebelum pasang khemah , kitorang kena bersihkan kawasan . Masing-masing bersihkan kawasan yang diorang nak guna je . Semua masa tu selfish je . Termasuk lah aku . Tak kenal lagi kan ? Biasalah tu .

Tiba tiba Cik Mira cakap , dia akan tukar tukarkan ahli dalam khemah tu sebab taknak berpuak puak . Tapi tak buat pun . Khemah kitorang tu dua tiga kali jugak lah dipasang . Kejap tak balance lah . Satni tak muat lah . Lepaih tu , khemah kami ni daripada elok elok duk kat depan tiba-tiba je Cik Mas pi tarik duk belakanggggggggggggggggggggggggggggggg sekali . Dekat kawasan cikgu tu . Aku , Sabun dengan Ain muka dah pongeh dah . Hahahahha dah ah tiba-tiba je dengar yang khemah tu nak bagi kat cikgu . Cepat-cepat je kitorang masukkan barang . Kedekut punya pasal . Lulz padahal cikgu dah ada khemah sendiri .

Mula-mula kedudukan khemah kami tu tengah2 , antara cikgu dengan jurulatih , tapi lepaih tu , Cikgu Siti dri SMKSS suruh duk tepi sekali . Syiokk ah , sebab tengah tu panaih gila duh . Masuk dalam khemah rasa macam membakar diri sendiri je .

Tempat kami tu bersebelahan dengan daerah Dang Wangi . depa punya khemah besau gila . Brickfields punya semua stok daripada sekolah masing-masing . Daerah lain gaya macam IPD je bagi . pftt

And then , semua ambik pinggan untuk makan tengah hari . Hari tu kitorang makan nasi dengan ayam kurma . Air teh panas . Nak air sejuk jangan harap ah kat sini . Air masak pun rasa macam air akar kayu je . Hahahhaha .

Ekceli first day ni takbanyak aktiviti sangat . Cuma malam tu kitorang ada latihan kawad sebab esoknya ada pertandingan kawad kaki .. Ketua platun untuk kawad kitorang pun bertukar-tukar . Last last Ain yang jadi ketuanya . Hahahhaha

So far , masa first day ni , aku ada lah jugak rasa nak balik . Bukan apa , asyik nak berkawad je . Lepastu kena marah . Salah sikit tekan tubi . Tapi tu first day je lah .....

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers