Membina Keluarga Syurgawi

6/05/2012 11:35:00 AM

BACA POST NI SAMPAI HABIS !

Assalamualaikum. 
Semalam , Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah datang ke Masjid Al-Ikhlasiah untuk memberi ceramah tentang tajuk di atas .


Sebenarnya ai tak pergi masjid pun semalam , tapi Alhamdulillah , dapat jugak dengar ceramah dia sebab masjid pasang mic kuat-kuat . Syukran !

Dalam dok mendengar tu , dapatlah juga ai mencatat serba sedikit apa yang telah disampaikan oleh pasangan  bahagia ni . Weiii , terkezut mak dapat tahu dah ada cucu . Hahah , muda lagi rasanya mereka ni .
Sambil-sambil tu , selit jugaklah cerita mereka dulu . 

Okay , di bawah ni adalah sedikit sebanyak apa yang telah ai catatkan . 

Garis Panduan Membina Keluarga Syurgawi .



First of all , dalam proses membina keluarga syurgawi ni , ramuan yang paling penting tentulah IMAN DAN TAQWA . Ada satu lagu tu liriknya : 'Iman adalah mutiara...' Nahh , see ? Iman tu macam pearl .Allah telah menetapkan syurga seluas langit dan bumi kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa kepadanya . Di sini , peranan ibu bapa , kalau kita nak pilih jodoh untuk anak-anak mestilah pilih yang beragama berbanding yang tiga kategori lagi tu . Yelah , pasangan yang beriman dan bertaqwa semestinya akan melahirkan keturunan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah . Pada zaman globalisasi yang serba moden ni , cabaran dari segi mental semakin tinggi . Kalau kita takda iman dalam dada , surely kita akan hanyut dibawa arus moden . Orang buat kita ikut , tak tahu betul salah sebab iman tu nipis macam kulit bawang . Kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu , cabaran mereka lebih kepada fizikal . Banyak peperangan untuk mempertahankan agama kita . Kenapa dorang tak restrain ? Sebabnya keimanan kepada Allah , cintanya mereka kepada Allah , melebihi segala-galanya . Kita lihat zaman sekarang ni , ramai yang murtad . Kalau tak murtad pun , hidup dah terpesong . Kebanyakannya Islam hanya pada nama sahaja . Nama je Amirul tapi togok air setan . Nama je Saleha tapi baju macam tak cukup kain . Takpun ada yang bertudung labuh tapi tengok kat dalam nahh kau salib gitu . Lagi satu , pakai songkok , serban alim je tengok tapi .... MasyaAllah . Kalau benda tu tak berlaku , takkan ada producer nak buat drama tau . Nak pulak sekarang tengah hot cerita Bohsia tu kan ? Jadi di sini , ibu bapa berperanan untuk memberikan didikan agama dan terapkan nilai-nilai moral dalam diri anak-anak . 



Next , KASIH SAYANG juga merupakan asas yang penting untuk membina keluarga syurgawi ni . 

Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang tidak mengasihi , maka dia tidak akan dikasihi 

Kasih sayang ni pulak (antara suami isteri) hendaklah berkekalan , bukannya masa awal perkahwinan je . Awal-awal kahwin tu , siap ikatkan tali helmet lagi , bila dah 10 tahun bini tak dan nak naik motor , laki dah menderu laju . Lol . K . Konsep kasih sayang ni perlu diamalkan dalam keluarga . Contoh terunggul ialah keluarga Rasulullah SAW . Selain itu , konsep kasih sayang ni juga memerlukan kita untuk menjaga tutur kata . Jangan sesekali cakap benda tak elok tentang ahli keluarga . INGAT ! Kata-kata ialah DOA . Selain itu , kita kenalah ingat hari-hari yang special ahli keluarga kita especially birthday dorang . Kalau orang tak ingat birthday kita , mesti frust gak kan ? Atleast bagilah ucapan kalau tak mampu nak beli hadiah . Sebenarnya ucapan daripada orang yang kita sayang lebih bermakna daripada hadiah yang mahal daripada orang yang baru kita kenal .



Di samping itu , PERGAULAN YANG BAIK antara ahli keluarga pun sangat penting . Dalam konsep ni , perkara utama adalah sikap saling menghormati . Isteri mesti respect hubby , minta izin kalau nak pergi kerja , nak keluar rumah . Suami pun kena hormat isteri jugak . Bukan isteri je nak hormat suami . Selain itu , anak-anak kena hormat ibu bapa . Treat ibu bapa dengan elok . Sayangi mereka . Utamakan ibu bapa daripada kawan-kawan , pakwe makwe ni .
Kesan daripada tiadanya sifat hormat dalam family ni ada banyak . Kita boleh nampak sendiri .

 Mereka akan membawa sikap tidak menghormati tu ke luar rumah . Contohnya , tak respect elderly . Satu lagi , contoh di kedai makan. Tak cukup kerusi , main henyak ambik kerusi kat meja sebelah tanpa meminta izin orang yang makan di meja tu .
Tak respect cikgu , kawan-kawan di sekolah . Yelah , dalam family tak pernah belajar nilai menghormati ni . Macam manalah dia nak respect cikgu-cikgu dengan kawan-kawan dia waima makcik/pakcik cleaner tu . Ingat , once cikgu tak berkat ilmu kita , selama-lamanya sengsara . Sekarang mungkin kau pandai , tapi dalam exam , siapa tahu ? ~apa yang kau tahu~
Tak respect jiran .Aku pernah dengar sorang ustaz tu kata 'Tidak sempurna iman seseorang iu selagi dia tidak mengasihi jirannya sebagaimana dia mengasihi dirinya' . Adab berjiran Tingkatan 2 , ada cakap 'Kita hendaklah menghormati jiran kita' . Takrifan jiran ialah 40 buah rumah di setiap penjuru . Kalau flat satu blok tu dengan 2/3 blok setiap penjuru tu jiran kau . Ramaikan ? Kalau kita tak sayang jiran kita , jiran kita pun tak sayangkan kita lah . Fair and square . Nanti nak kenduri jemput jiran jugak , mintak tolong jiran jugak , kan ?

Pergaulan yang baik juga menyuruh kita untuk memanggil ahli keluarga dengan nama mereka . E.g nama Syuhada panggil Kak Long . Syuhada tu maksud dia sangat lah indah . Kan dah kata tadi , kata-kata tu doa . Perkara ni bukan je praktik dalam keluarga tapi dengan kawan-kawan pun sama . That's why aku panggil kawan-kawan aku nama dorang kecuali beberapa orang . Hahah . Kena ubah habit . Dan aku sendiri pun tak suka orang tuka-tukar nama aku jadi Farah la Fatehah la . Nak Fatin jugak ! Ini tidak sesetengah orang mungkin dia malu dengan nama yang parents dia kasi kot sampai buat nickname yang pelik . Contoh : Khadijah = Kat , Fatimah = Fati , Nabilah = Bella , Najihah = AG , Jie , Fauziah = Gee . Ayooo , guna nama u dah lah . Dah cantik maksudnya tu . Khadijah tu kan isteri Rasulullah , Fatimah tu pulak puteri kesayangan Rasulullah . Sepatunya kita bangga .


Seterusnya . Dalam membina keluarga syurgawi , kita memerlukan sikap AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB . Anak-anak ialah anugerah Allah . Jadi , ibu-bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan sebaiknya . Kesan buruk tidak melaksanakan tanggungjawab ni wujudlah generasi yang macam takda tamadun , takda agama . Selain itu , anak-anak pun ! Korang kena jaga parents korang masa dia tua nanti . Jangan pernah sekali pun ada niat nak hantar kat rumah orang tua-tua . Mak ayah kau dulu pun busy juga dengan kerja . Ada je masa nak jaga kau . Kalau tak dia dah hantar kat rumah anak-anak yatim tu . 
Bukan itu sahaja ; ZAKAT pun tanggungjawab juga . Ayoo , kemonlah , Zakat tu kan salah satu Rukun Islam . Dah lupa ke ? Tanya adik-adik tadika tu apa dia Rukun Islam .
Zakat ni ada banyak jenis . Pendapatan , Hasil pertanian , Haiwan Ternakan , Harta dan EMAS & PERAK tu antara benda yang perlu dizakatkan . Pendapatan senang je , buat potongan gaji . Apalah sangat . Sikit je deduction nya . 
Bagi zakat Emas & Perak (Barang perhiasan) di bawah ni ada panduannya .

Bagi perhiasan emas yang kita pakai , sama ada kat telinga ke , lengan ke pusat ke apa ke , sekiranya beratnya dah mencapai 150g dan ke atas , maka wajiblah untuk menunaikan zakat
Untuk perhiasan emas yang kita simpan tak kisahlah kat dalam peti besi ke , bank ke , bila beratnya dah 85g dan ke atas , wajib bagi kita untuk mengeluarkan zakat
Perhiasan perak pula sama ada dipakai atau disimpan buat harta , bila dah 555g dan ke atas dah kena keluarkan zakat . 

Yang ke-5 REZEKI YANG HALAL 

Sabda Rasulullah SAW : Setiap darah daging kamu yang tumbuh daripada makanan yang haram , Neraka bagi kamu

Umum mengetahui , makanan yang haram (dalam takrifan ni bukan sahaja anjing , babi dan arak) yang diperoleh secara haram mungkin mencuri , rasuah dan sebagainya sudah pasti akan merosakkan minda dan hati . Parents terutamanya , hendaklah mencari rezeki yang halal buat anak-anak . Kalau kita kerja sekalipun , tapi kita curi tulang dah haram jugak . You tak buat kerja dan makan gaji buta . Tak haram namanya tu ?
Banyak kesan daripada makan benda haram ni . Jangan buat main . Lepastu dok komplen kenapalah anak aku ni tak pandai-pandai . Makanan yang syubhah , haram tu lah yang menyebabkan otak tak berkembang .
Ingat generasi sekarang merupakan pemimpin di masa hadapan .

6. BANYAK BERDOA


Kita nak keluarga syurgawi kan ? Doa adalah senjata mukmin . Kalau kita ditimpa musibah ke waima masa senang pun jangan sesekali lupakan Allah . Kadang-kadang Allah tak turunkan ujian dalam bentuk kesusahan , tapi kesenangan pun ujian Allah juga . Nak tengok sejauh mana iman kita kepada Allah .

Sekiranya ibu-bapa rasa terbeban sebab anak ni tak makan saman degil macam apa , ustazah Bahyah suruh baca Surah AlHasyri ayat 21 . Baca then tiup kat ubun-ubun anak-anak . Ni untuk parents la , kalau kita ni budak-budak ustazah Bahyah tak bagi lah apa doanya .
Kalau nak kan keluarga bahagia , bacalah Surah AlFurqat ayat 74
Kalau nakkan orang hormat kita , sayang kita baca Surah AnNaml ayat30-31 .


Last but not least , dalam membina keluarga bahagia , kita hendaklah BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


Anak-anak yang memandang wajah ibu bapanya dengan penuh kasih sayang akan mendapat pahala haji yang mabrur


See ? Betapa besarnya pahala hanya dengan memandang wajah parents kita .

Setitis air mata ibu kamu jatuh kerana sedih dengan sikap kamu atau perbuatan kamu , kamu adalah anak yang derhaka dan anak yang derhaka tidak akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.


ingat tu anak-anak . Walaupun SETITIK air mata mak kita mengalir sebab sedih dengan perbuatan kita : NO SYURGA .

Berbakti kepada ibu bapa ni bukan sahaja semasa hayat mereka sahaja . Kita hendaklah berbakti kepada mereka walaupun mereka sudah tiada di dunia ini . Caranya sentiasa mendoakan mereka dsb .

Wallahu'alam

Akhir kalam ,

Segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada saya , hambanya yang lemah .

Adios !

Sekian , Assalamualaikum wbt.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih !

Popular Posts

  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera ASASI NI APA? Asasi (foundation) ni sebenarnya fast track ke degree selain daripada...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera wuhuu kini aku kembali ke bandar Kuala Lumpur yang tercinta sempena cuti Thaipusam pada hari I...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Tak pernah aku rasa puas hati dengan ending buku-buku fixi melainkan yang ini. Yan...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Wuhuu I’m back. So selepas beberapa siri pengenalan kepada Asasi Undang-Undang UiTM dan ...
  • Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera Faq lagi. haritu tentang requirement. Sekarang ni , pasei asasi undang-undang tu sendiri. Soal...

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers

Subscribe